Tarikh STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank

Tarikh STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank

Mesti ramai yang sedang ternanti-nanti bilakah tarikh bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan bukan? Seperti yang kita semua ketahui, pembayaran STR Fasa 3 akan mula dikreditkan bermula pada bulan Ogos 2024 ini.

Bantuan STR Fasa 3 ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang telah diambil oleh pihak Kementerian Kewangan melalui Belanjawan 2024 bagi tujuan membantu meringankan beban rakyat Malaysia.

Berikut adalah merupakan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan tarikh STR Fasa 3 dikreditkan mengikut bank penerima.

Tarikh STR Fasa 3

Baca Juga:

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Sebelum ini, terdapat pelbagai jenis bantuan untuk rakyat yang telah disalurkan melalui Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Melalui pimpinan Perdana Menteri kita pada hari ini iaitu YAB Anwar Bin Ibrahim, beliau telah mengumumkan penjanaan semula bantuan tersebut dan kini ia dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini akan menyalurkan sejumlah wang ringgit kepada rakyat Malaysia yang memerlukan sehingga hampir RM8 bilion kepada mereka yang layak.

Bilakah Tarikh STR Fasa 3 Dikreditkan?

Tarikh bayaran STR Fasa 3 dikreditkan bermula Ogos 2024.

Pengunguman secara rasmi tarikh bayaran akan diumumkan oleh pihak Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan jadual bayaran STR Fasa 3 Ogos 2024 dikongsikan.

Tarikh STR Fasa 3
Tarikh STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank

Cara Semak Status & Tarikh STR Fasa 3 Dikreditkan

Berikut adalah cara semak status & tarikh bayaran STR Fasa 3 Dikreditkan:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan nombor kad pengenalan pemohon
  • Lakukan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik semakan status
  • Status permohonan akan dipaparkan
  • Maklumat pembayaran (jika ada)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Kadar tambahan STR turut ditambah dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua penerima STR seperti berikut:

Penerima STR berstatus miskin atau miskin tegar dan berdaftar di bawah eKasih atau JKM bakal menerima sumbangan sebanyak RM1,200 atau RM600 untuk kategori isi rumah.

Bagi penerima isi tumahh STR dan bukan berstatus miskin dan miskin tegar pula akan menerima sebanyak RM300.

Untuk kategori bujang & warga emas tiada pasangan STR dan bukan berstatus miskin dan miskin tegar di bawah eKasih atau JKM akan menerima RM150.

Kaedah Bayaran STR Fasa 3

  • Dikreditkan secara terus ke dalam akaun penerima
  • Pembayaran dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan
  • Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Bank Penerima

Berikut adalah merupakan jangkaan bayaran STR Fasa 3 mengikut bank penerima:

Tarikh STR Fasa 3

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari: