MySPP PERMOHONAN SEMENANJUNG: HEBAHAN PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) GRED DH47, GRED DH41 DAN GRED DH29 SECARA KONTRAK (INTERIM) TAHUN 2024.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) bagi mengisi secara Kontrak (Interim) kekosongan di Semenanjung Tahun 2024.
Iklan SPP Terkini – Syarat / Maklumat Lantikan
Tarikh Permohonan
Tarikh tutup iklan adalah pada 17 September 2024 (Selasa).
Peringatan:
- Pemohon adalah diingatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian. Syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan boleh disemak DI SINI.
- Pemohon juga diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
- Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Malaysia Airports – Gaji RM1,500 Sehingga RM7,944
- Tarikh STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank
- Jawatan Kosong KWSP Ambilan Terbuka 2024
Jawatan & Tarikh Permohonan Terkini SPP 2024
Maklumat bidang-bidang yang ditawarkan boleh disemak di bawah atau terus klik DI SINI.
Pemohon yang berminat perlu mengemukakan permohonan atau pengemaskinian secara dalam talian melalui sistem mySPP.
Apakah MySPP?
Untuk makluman para pencari kerja, mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Portal mySPP.
SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :
- Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.
- Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.
- Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
- Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.
- Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.
- Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.
NOTA:
Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan kepada Suruhanjaya berkaitan sesuatu permohonan untuk mendapatkan pekerjaan atau pelantikan adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh dua (2) tahun atau denda dua ribu Ringgit Malaysia (RM2,000) atau kedua-duanya sekali.
Cara Daftar mySPP 2.0 (Versi Baru 2024)
Untuk mendaftar mySPP bagi tujuan memohon jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), sila ikuti langkah berikut:
1. Pendaftaran Baharu
Sila pergi ke laman web rasmi mySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my/
Anda akan dibawa ke halaman berikut.
Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’
2. Isi Maklumat
Pastikan semua medan bertanda * diisi.
Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
Selepas semua medan diisi, klik butang ‘Daftar’.
Skrin Maklumat Pra Pendaftaran Baru Pemohon dipaparkan:
Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor Kad Pengenalan dan Nama mestilah sama seperti yang tertera di dalam Kad Pengenalan.
Alamat E-mel yang dimasukkan mestilah akaun emel yang sah dan aktif dan belum pernah digunakan bagi pendaftaran mySPP.
3. Klik Hantar
Setelah selesai memasukkan semua medan, klik butang Hantar.
4. Pengaktifan Akaun
Penghantaran pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.
Sila semak semula medan-medan berkaitan sekiranya ralat berikut dipaparkan:
5. Log Masuk
Anda boleh terus log masuk ke Portal mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.
Setelah anda mendaftar butiran dan maklumat anda sebagai pengguna SPP, anda perlu membuat permohonan pada mana-mana jawatan yang akan diiklankan dalam Portal SPP.
Jadi, kena sentiasa peka jika ada sebarang makluman / pengumuman / hebahan jawatan ya!
Rujuk panduan penuh dalam manual berikut:
Cara Isi Borang & Membuat Permohonan Jawatan mySPP Online
Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang mySPP.
Pemohon dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.
Rujuk pada Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.
Langkah-langkah mengisi borang SPP online adalah seperti berikut:
- Log Masuk Portal mySPP
- Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
- Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
- Isikan Maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ sekiranya berkaitan.
- Klik pada pautan Maklumat Tambahan dan isi butiran selengkapnya.
- Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN”.
- Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’.
- Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan.
MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA MYSPP
Panduan lanjut, sila rujuk manual pengguna mySPP berikut:
- Manual Pengguna MySPP – klik DI SINI
Cara Membuat Semakan Status Permohonan MySpp Online
Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan” di pautan berikut: https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak_papar.php
Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon.
Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
- Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
- Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang DitetapkanOleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian.
*Dalam perkara ini, SPP menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
Semakan keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dengan pelantikan COS boleh dibuat melalui pautan berikut : https://www.spp.gov.my
Soalan Lazim
SILA RUJUK SOALAN LAZIM (FAQ) MYSPP BERIKUT:
1. Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP?
– Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:
– Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19;
– Penyelia Asrama Gred N19;
– Pembantu Pengurusan Murid Gred N19;
– Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19;
– Pembantu Makmal Gred C19;
– Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19;
– Pembantu Operasi Gred N11; dan
– Pemandu Kenderaan Gred H11
2. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut?
Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my
3. Bilakah iklan jawatan kosong SPP akan disiarkan?
SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain.
SPP menyiarkan iklan sepanjang masa di portal rasmi mySPP.
Oleh itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.
Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.
4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di JobsMalaysia?
Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP.
Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian.
Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
5. Saya telah membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia dan SPP telah mengesahkan permohonan jawatan saya, adakah maklumat permohonan jawatan tersebut ada disimpan dalam mySPP?
Ya. Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP.
Walau bagaimanapun, anda masih perlu mendaftar akaun baharu di mySPP bagi tindakan selanjutnya.
Maklumat Lanjut
Bagi pertanyaan atau maklumat lanjut tentang pendaftaran, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi
- SOALAN LAZIM : https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php?pages=faq
- Infografik : https://myspp.spp.gov.my/myspp/upload_doc/pendaftaran.pdf
- Talian Hotline mySPP :
i) Urusan Pengambilan : 03-8893 4019/4020
ii) Urusan Teknikal : 03-8893 4021 - Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) sila isikan maklumbalas DI SINI.
Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi talian di bawah:
Alamat surat-menyurat: Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya.