Tabung Haji : Cara & Had Pengeluaran Simpanan TH
Umum mengetahui bahawa kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama Islam menyimpan di Tabung Haji, kerana ia merupakan pilihan yang rendah risiko dan juga berfungsi sebagai pendaftaran untuk menunaikan ibadah Haji.
Akaun Simpanan Tabung Haji
Simpanan di Tabung Haji berlandaskan konsep Wakalah, di mana seseorang (Muwakkil) melantik pihak lain (Wakil) untuk mengendalikan urusannya. Simpanan ini patuh syariah dan dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong TM 2024 – Gaji RM5,500 sehingga RM9,400
- Jawatan Kosong PERKESO 2024 – Gaji RM2,000 sehingga RM2,499
Jenis Akaun TH
- Akaun Dewasa: Untuk pendeposit berumur 18 tahun dan ke atas.
- Akaun Kanak-Kanak: Untuk pendeposit di bawah 18 tahun yang dikawal oleh penjaga.
Kelebihan Menyimpan di TH
- Mematuhi syariah Islam
- Menyantuni jemaah haji
- Dijamin oleh Kerajaan
- Dikecualikan daripada cukai
- Kewajipan zakat ditunaikan
- Tiada had simpanan
Simpanan & Pengeluaran
Simpanan
- Tiada had jumlah simpanan.
- Simpanan boleh dibuat melalui:
- Kaunter Perkhidmatan TH
- Potongan Gaji
- Perbankan Elektronik dan Internet
- Kaunter Rakan Strategik
- Ejen Kutipan
Cara & Had Pengeluaran
- Had maksimum pengeluaran tunai sehari adalah RM10,000.
- Pengeluaran boleh dilakukan melalui:
- Kaunter TH (kecuali Pusat Perkhidmatan TH)
- Uniteller Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
- Uniteller Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM)
- Untuk pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000, ia boleh dilakukan di semua cawangan TH, termasuk Pusat Perkhidmatan TH, melalui Pindahan Telegrafik ke Akaun Bank Pendeposit dalam negara sahaja.
Cara Keluarkan Simpanan TH Melalui ATM
Untuk melakukan pengeluaran simpanan TH melalui ATM, sila rujuk infografik berikut:
Aktifkan/linkkan akaun Tabung Haji dengan akaun bank melalui mesin ATM.
Setelah pengaktifan berjaya:
- Masukkan kad bank dan nombor PIN.
- Pilih ‘Pengeluaran Wang’.
- Pilih bahagian ‘Tabung Haji’.
- Masukkan nombor akaun Tabung Haji.
- Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan.
- Tekan ‘Ya’ untuk mendapatkan resit.
Kaunter TH & Waktu Operasi
Kaunter-kaunter TH dibuka di semua Pejabat Cawangan TH. Untuk maklumat waktu operasi dan lokasi, sila rujuk direktori dan laman web rasmi – klik DI SINI
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
- Telefon: +603 – 6207 1919
- Faks: +603 – 7728 4959
- Emel: th-info@lth.gov.my