BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM250 & RM500)
Seluruh umat muslim di serata dunia bakal menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Oleh itu, Kerajaan mula menyalurkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada rakyat Malaysia yang merupakan penjawat awam dan pesara kerajaan yang layak bagi membantu membuat persediaan menyambut perayaan.
Ingin mengetahui bagaimana cara dan semakan status kelayakan penerima Bantuan Khas Aidilfitri? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah ini.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Terkini TNB Ambilan Tahun 2025
- Jadual Bayaran STR Fasa 2 2025 Mengikut Bank
- Jawatan Kosong Jabatan Penjara Malaysia Ambilan Tahun 2025
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2025
Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri (BKK) adalah untuk yang berkelayakan seperti berikut :
Penjawat Awam Persekutuan :
- Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
- Kumpulan Pelaksanaan Gred 15 dan ke bawah;
- Pegawai lantikan kontrak / sambilan harian / MySTEP.
Pesara Kerajaan :
- Berpencen;
- Penerima Pencen Terbitan;
- Pesara KWSP;
- Veteran Berpencen; dan
- Veteran Tidak Berpencen.
KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2025
Kadar pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri adalah mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
Penjawat Awam Persekutuan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 15 dan ke bawah, termasuk pegawai lantikan kontrak, sambilan harian dan MySTEP)
- RM500
Pesara Kerajaan (Pesara Berpencen, Penerima Pencen Terbitan, Pesara KWSP, Veteran Berpencen dan Veteran Tidak Berpencen)
- RM250
PROSEDUR BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2025
Berikut merupakan prosedur bayaran Bantuan Khas Aidilfitri kepada Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan :
Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Penjawat Awam :
- Melalui sistem emolumen berkomputer bersama dengan bayaran gaji.
Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Pesara Kerajaan :
- Melalui kaedah penerimaan bayaran pencen bulanan.
*Berdasarkan kenyataan Surat Pekeliling : Sekiranya Penjawat Awam atau Pesara Kerajaan terdapat sebarang isu atau pertanyaan mengenai pembayaran di atas, disarankan untuk menghubungi unit sumber manusia jabatan masing-masing atau Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Khas Aidilfitri, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.anm.gov.my/images/dokumen/pekeliling/surat-pekeliling-anm/2025/SPANM_PERATURAN_BAYARAN_BKK_TAHUN_2025.pdf?utm_source=chatgpt.com.