Cara Mandi Wajib (Panduan Lengkap JAKIM)
Semua orang Islam perlulah tahu cara mandi wajib yang sempurna agar kita boleh membersihkan diri daripada hadas besar.
Mandi wajib juga dikenali sebagai mandi junub atau mandi hadas.
Oleh yang demikian, cara melakukan mandi ini juga tidak boleh dipanding ringan.
Mandi wajib adalah merupakan cara orang Islam membersihkan diri daripada hadas besar seperti keluar mani, haid bagi wanita dan bersetubuh. Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, solat anda tidak sah!
Bagi memastikan segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, kita harus mandi hadas dengan cara yang betul dan sempurna.
Untuk mandi hadas, air mutlak perlulah digunakan.
Sebab Perlu Mandi Hadas
- Jimak iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
- Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air mani kerana bermimpi syahwat (wet dream)
- Keluar darah Haid bagi wanita.
- Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)
- Wiladah – wanita yang melahirkan anak.
- Mati kecuali mati syahid
- Masuk Islam orang dari ajaran sebelumnya (“kafir”)
Rukun Mandi Wajib
- Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat.
- Menghilangkan kotoran dan najis pada badan
- Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)
Niat & Cara Mandi Wajib
Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah:
Ertinya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”
Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan.
Lafaz niat yang lain:
Ertinya: “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”
Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah:
Ertinya: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala”
Bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah:
Ertinya: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Baca Artikel Berkaitan:
- Jawatan Kosong TNB 2024 – Gaji Bermula RM3,200 sehingga RM5,600
- Jawatan Kosong KPM – Gaji RM1,500 sehingga RM1,999
- MySPP : Permohonan SPP Online Terkini 2024
- Jawatan Kosong Malaysia Airports – Gaji RM1,500 sehingga RM7,944
Langkah-langkah & Cara Mandi Wajib
Berikut merupakan langkah-langkah dan cara mandi wajib yang sempurna mengikut panduan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):
- Niat ketika air sampai ke tubuh
- Membaca “Bismillah”
- Mencuci tangan sebanyak tiga kali
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
- Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
- Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa (untuk melakukan solat) ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
- Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu menyiramnya 3 kali dengan air.
- Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
- Meratakan air ke seluruh tubuh badan
- Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu.
Sumber: Portal myHadith JAKIM
Waktu Terbaik & Cara Mandi Wajib Selepas Haid
Hampir semua wanita mengalami haid, tapi dah yakin ke ketika kita mandi wajib tu, kita sudah betul-betul suci?
Untuk mengetahui masa yang sesuai untuk mandi hadas, mari kita pelajari dengan lebih mendalam apa yang telah dijelaskan oleh Ustazah Siti Aisyah.
Sumber : Mingguan Wanita
Mandi Junub Lepas Subuh, Sah Tak Puasa?
Mandi junub lepas Subuh, sah tak puasa pada hari itu? Jom kita dengarkan jawapan daripada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid @ddaniyaldbiyajid dalam episod 1 Tanya Ustaz Don.
Sumber : Salam Muslim