Jadual Bayaran STR Fasa 3 2024 Ogos Mengikut Bank
Jadual bayaran STR fasa 3 2024 Ogos mengikut bank ialah jangkaan masa waktu bayaran STR fasa 3 untuk penerima STR. Pembayaran STR fasa 3 akan dibuat bulan Ogos 2024 ini.
Inisiatif bantuan kewangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif yang termaktub dalam Belanjawan 2024.
Jadual bayaran str fasa 3 2024 ogos mengikut bank dikongsikan di bawah.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji (LTH) 2024
- STR Fasa 3 : Tarikh & Semakan Status Bayaran
- Jawatan Kosong Telekom Malaysia (TM) : Tutup 11 Ogos 2024
- Bantuan STR Fasa 3 : Tarikh & Semakan Status Bayaran
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Pimpinan Perdana Menteri kerajaan sebelum ini telah melaksanakan beberapa skim bantuan. Skim-skim tersebut termasuklah Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Skim-skim ini diwujudkan untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan.
Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah.
Kerajaan menyalurkan bantuan kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.
STR Fasa 3 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Tarikh & Jadual Bayaran STR Fasa 3
Bayaran untuk Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Tiga akan bermula pada bulan Ogos 2024. Tarikh sebenar pembayaran akan dikemas kini dan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia setelah pengumuman rasmi dibuat.
Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Untuk fasa seterusnya, kerajaan telah memperkenalkan pembaharuan dalam Belanjawan 2024, termasuk pemberian bayaran tambahan untuk golongan Miskin Tegar. Selain itu, sumbangan bakul makanan dan baucar pembelian barangan makanan asas juga akan diberikan.
Tarikh Bayaran & Semakan Status
Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Jumlah Bantuan Keseluruhan STR 2024
Menurut Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah 2024, jumlah bantuan STR 2024 seperti berikut:
Pendapatan Isi Rumah Kurang daripada RM2,500 sebulan
- Rm2,500: 5 anak atau lebih
- RM2,000: 3-4 Anak
- RM1,500: 1 – 2 anak
- RM1,000: Tiada Anak
Pendapatan Isi Rumah: RM2,501 – RM5,000
- RM1,250: 5 anak atau lebih
- RM1,000: 3 – 4 anak
- RM750: 1 – 2 anak
- RM500: Tiada Anak
Warga Emas Bujang
- RM600
Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)
- RM350
Kaedah Pembayaran & Jadual Bayaran STR Fasa 3
- Dikreditkan ke akaun bank penerima STR
- Pembayaran dikreditkan ke Akaun bank penerima atau pasangan
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Maklumat Lanjut Jadual Bayaran STR
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM