Niat Solat Fardhu & Solat-Solat Sunat

Niat solat fardhu & solat sunat. Solat adalah tiang agama dan ia dimulakan dengan niat serta diakhiri dengan salam. Terdapat solat fardhu dan solat sunat.

Mempelajari niat solat adalah penting untuk memastikan ibadah solat kita sempurna. Menurut perkongsian dalam laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, niat ditakrifkan sebagai melakukan sesuatu yang disertai dengan pekerjaan, dan tempat niat adalah di dalam hati.

Untuk menjadikan solat sah, seseorang hendaklah menyertakan niat di dalam hati ketika bertakbiratul Ihram, sedar akan tujuannya untuk bersolat semasa melafazkan takbir tersebut, dan mengingati jenis solat serta fardhunya.

Berikut adalah senarai niat solat fardhu dan solat-solat sunat untuk panduan anda.

Niat Solat Fardhu

1. Niat Solat Subuh

Usolli Fardhas-subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Taala

Niat Solat Subuh dalam Bahasa Melayu adalah:

“Sahaja aku sembahyang fardhu Subuh dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

2. Niat Solat Zohor

Niat Solat Fardhu

Usolli Fardoz Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala

Niat Solat Zohor dalam Bahasa Melayu adalah:

“Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”

3. Niat Solat Asar

Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala

Niat Solat Asar dalam Bahasa Melayu adalah:

“Sahaja aku sembahyang fardhu Asar empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”

4. Niat Solat Maghrib

Niat Solat Fardhu

Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala

Niat Solat Maghrib dalam Bahasa Melayu adalah:

“Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat kerana Allah Ta’ala.”

5. Niat Solat Isyak

Usolli Fardol Isya’i Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala

Niat Solat Isyak dalam Bahasa Melayu adalah:

“Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Niat Solat Jumaat

Lafaz niat solat Jumaat untuk makmum ialah:

Usolli Fardol Jum’ati Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala 

Niat solat Jumaat dalam bahasa Melayu adalah:

“Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.”

Baca Juga:

Niat Solat Jenazah

Solat Jenazah Lelaki

Usolli ‘Ala Hazal Mayyiti Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala

Niat solat jenazah dalam bahasa Melayu adalah:

“Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.”

Solat Jenazah Perempuan

Usolli ‘Ala Hazihil Mayyitati Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala

Niat solat jenazah dalam bahasa Melayu adalah:

“Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.”

Niat Solat Sunat

Niat Solat Sunat

Niat Solat Tahajjud

Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala

Niat solat tahajjud dalam bahasa Melayu adalah:

“Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat Solat Taubat

Usolli Sunnatat-Taubati Rak’ataini Lillahi Taala

Niat solat sunat taubat dalam bahasa Melayu adalah:

“Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat Solat Dhuha

Usolli Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lillahi Ta’alaa.

Niat solat sunat dhuha dalam bahasa Melayu adalah:

“Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Niat Solat Hajat

Usolli Sunnatal Hajati Rak’ataini Lillahi Taala

Niat solat sunat hajat dalam bahasa Melayu adalah:

“Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat Solat Tarawih

Niat Solat Sunat

Usolli Sunnatat-Tarawih Rak’ataini Lillahi Taala

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.

RUJUKAN: