Pengeluaran KWSP Akaun 1 Dibenarkan Bermula Tahun Ini
Untuk makluman, pengeluaran KWSP bagi tahun 2024 terbahagi kepada dua kategori sahaja iaitu pengeluaran melalui Akaun 1 dan Akaun 2.
Hanya pengeluaran melalui akaun 1 sahaja yang membenarkan para pencarum melakukan pengeluaran secara penuh manakala pengeluaran melalui akaun 2 hanya membenarkan para pencarum melakukan pengeluaran sebahagian sahaja mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Pengeluaran KWSP Akaun 1 Untuk Mereka Yang Berumur 55 Tahun
Bagi ahli yang telah mencapai usia 55 tahun, mereka dibenarkan melakukan pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan menjadi Akaun 55.
Pencarum yang memutuskan untuk melanjutkan pekerjaan mereka selepas berumur 55 tahun akan mendapati bahawa caruman yang dibuat setelah itu akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas. Akaun ini khusus dan pengeluarannya hanya dibenarkan setelah mencapai umur 60 tahun.
Pekerja Meninggalkan Negara
Bagi ahli atau pencarum KWSP yang memilih untuk berhijrah ke negara lain dan telah melucutkan taraf kewarganegaraan mereka boleh mengeluarkan kesemua simpanan mereka.
Pekerja Berpencen
Untuk pekerja yang berpencen atau persaraan pilihan, mereka boleh melakukan pengeluaran secara penuh.
Pekerja berpencen didefinisikan sebagai pekerja yang telah ditempatkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri, badan berkanun, atau badan tempatan.
Hilang Upaya
Bagi para pencarum yang mengalami kehilangan upaya boleh melakukan pengeluaran penuh simpanan setelah status mereka disahkan oleh para pegawai perubatan. Selain itu, mereka juga berhak menerima Bantuan Hilang Upaya sebanyak RM5,000 bagi tujuan mengurangkan beban yang dihadapi.
Pengeluaran KWSP Akaun 1 Disebabkan Kematian
Apabila seorang ahli meninggal dunia, waris terdekat boleh membuat pengeluaran penuh simpanan yang ditinggalkan. KWSP menggalakkan ahli-ahlinya untuk membuat penamaan supaya urusan pengeluaran selepas kematian dapat dipermudahkan.
Bagi individu yang memenuhi kriteria yang ditetapkan, proses permohonan untuk pengeluaran KWSP secara penuh boleh dilaksanakan melalui kaedah atas talian dengan menggunakan Sistem i-Akaun KWSP atau melalui pengisian borang secara manual di mana-mana cawangan KWSP.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP di pautan berikut https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals