Permohonan Lesen Memandu Percuma 2025 : Register & Daftar Secara Online (Panduan Lengkap)

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : REGISTER & DAFTAR SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

Terkini! Program Bantuan Lesen Memandu Percuma 2025 yang menawarkan lesen memandu secara percuma kepada golongan B40 dan belia diteruskan lagi pada tahun ini dengan penyasaran yang lebih ramai golongan tersebut untuk memilik lesen memandu mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah permohonan lesen memandu percuma 2025? Ikuti maklumat lanjut disini.

PENGENALAN PROGRAM MYLESEN

Program MyLesen merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Malaysia Madani melalui kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan institut memandu.

Matlamat program ini adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya belia B40 yang memerlukan lesen bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan membolehkan mereka memperoleh lesen memandu secara percuma tanpa sebarang bayaran.

Permohonan Lesen Memandu Percuma

Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA

Syarat dan Kategori Kelayakan mestilah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia/16 tahun keatas daripada Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, atau Graduan;
  • Memerlukan Lesen untuk meningkatkan kebolehpasaran kerja;
  • Tidak pernah Memiliki sebarang Lesen Memandu;
  • Bebas daripada Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.

Permohonan Lesen Memandu Percuma

JENIS LESEN PERCUMA YANG DIBERIKAN

Lesen yang akan diberikan secara percuma dan ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

  • Lesen Memandu Motosikal (B2)

OBJEKTIF UTAMA BANTUAN LESEN PERCUMA

Tujuan utama pemberian latihan pengambilan lesen memandu secara percuma adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban kewangan rakyat golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan peluang/ kebolehpasaran pekerjaan golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
  • Menyediakan latihan dan kemahiran memandu secara selamat dan sah di sisi undang-undang.

BORANG PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Untuk makluman, borang permohonan bagi sesi 2025 belum dikeluarkan oleh Pihak JPJ dan pihak kami akan kemaskini dari masa ke semasa apabila ianya dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.

Anda juga boleh layari Portal Rasmi JPJ untuk memastikan anda tidak terlepas dari memohon bantuan lesen percuma 2025. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi JPJ dengan mengisi borang yang disediakan setelah dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.

BORANG PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Permohonan Lesen Memandu Percuma

PANDUAN REGISTER & DAFTAR LESEN MEMANDU PERCUMA SECARA ONLINE

Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi JPJ, dan dapatkan borang permohonan lesen percuma: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama
  2. Isi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap besertakan dokumen lengkap yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
  3. Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
  4. Kemudian, JPJ akan mengatur jadual latihan anda dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.
  5. Selesai.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan lesen memandu percuma bagi sesi 2025 belum diumumkan oleh Pihak JPJ. Pihak kami akan kemaskini dari masa ke semasa setelah diumumkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN LESEN PERCUMA

Untuk permohonan lesen memandu percuma, individu dikehendaki menyediakan dokumen sokongan permohonan seperti berikut;

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Gambar Berukuran Pasport Terkini.
  • Bukti Penerimaan Bantuan Kerajaan.
  • Surat Pengesahan Pendapatan Isi Rumah.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apakah Program My Lesen B2 Tahun 2025?

  • Program MyLesen B2 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai Program My Lesen B2 Tahun 2025?

  • Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program My Lesen B2 Tahun 2025?

  • Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

Dimanakah calon boleh membuat pendaftaran bagi Program My Lesen B2 Tahun 2025?

  • Pendaftaran peserta boleh dibuat melalui pautan atau Kod QR [akan dikemaskini kelak setelah pengumuman rasmi oleh JPJ]