STR Fasa 3 : Tarikh & Semakan Status Bayaran

STR Fasa 3 : Tarikh & Semakan Status Bayaran

Semakan untuk bayaran bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3, yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini, boleh dilakukan oleh umum melalui portal MySTR.

Inisiatif bantuan kewangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif yang termaktub dalam Belanjawan 2024.

Baca Juga:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Pimpinan Perdana Menteri kerajaan sebelum ini telah melaksanakan beberapa skim bantuan. Skim-skim tersebut termasuklah Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Skim-skim ini diwujudkan untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan.

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah.

Kerajaan menyalurkan bantuan kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3

Bayaran untuk Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Tiga akan bermula pada bulan Ogos 2024. Tarikh sebenar pembayaran akan dikemas kini dan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia setelah pengumuman rasmi dibuat.

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

STR Fasa 3

Untuk fasa seterusnya, kerajaan telah memperkenalkan pembaharuan dalam Belanjawan 2024, termasuk pemberian bayaran tambahan untuk golongan Miskin Tegar. Selain itu, sumbangan bakul makanan dan baucar pembelian barangan makanan asas juga akan diberikan.

Tarikh Bayaran & Semakan Status

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;

STR Fasa 3

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Bantuan STR Fasa 3 : Tarikh Bayaran & Semakan Status

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Maklumat Lanjut STR Fasa 3

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :