TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2025 : JADUAL LENGKAP BAYARAN
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025: Jadual Lengkap Bayaran & Info Penting bagi semua penjawat awam yang bekerja dalam sektor kerajaan yang perlu anda ketahui.
Sila rujuk artikel di bawah ini untuk mendapatkan info lengkap tentang gaji penjawat awam 2025.
Tarikh Gaji Penjawat Awam
Bagi penjawat awam, mengetahui tarikh pembayaran gaji setiap bulan amat penting bagi memastikan pengurusan kewangan yang lebih terancang. Setiap tahun, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengeluarkan jadual rasmi pembayaran gaji penjawat awam, yang menetapkan tarikh-tarikh bayaran bagi 12 bulan sepanjang tahun.
Artikel ini menyenaraikan tarikh bayaran gaji penjawat awam 2025 serta memberikan beberapa panduan kewangan yang berguna agar anda dapat merancang perbelanjaan dengan lebih baik.
Semak Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025.
Baca Juga:
- Jadual Penuh Bayaran STR Fasa 2 : Semak Status Mengikut Bank Penerima
- Semakan Bantuan Prihatin Sabah 2025 : Semak Status Layak RM300 Setiap Bulan
- Semak Bantuan SARA MyKad Februari 2025 : Semakan Status
Penetapan Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2025
Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2025 telah ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan juga surat rasmi dari Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 6 September 2024. Penetapan tarikh ini bertujuan memastikan semua urusan pembayaran gaji dilakukan dengan lancar dan teratur.
Semak Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025.
Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2025
Berikut adalah merupakan jadual lengkap pembayaran gaji penjawat awam:
Bila Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025.
Kenapa Tarikh Bayaran Gaji Penting?
Mengetahui tarikh bayaran gaji membolehkan penjawat awam:
- Merancang perbelanjaan – Mengurus bil, sewa rumah, dan pinjaman dengan lebih baik.
- Mengawal perbelanjaan berlebihan – Mengelakkan pembelian impulsif.
- Menabung untuk masa depan – Memastikan simpanan mencukupi.
- Mengelakkan kehabisan wang sebelum gaji berikutnya – Mengawal aliran tunai bulanan.
Tips Pengurusan Kewangan Untuk Penjawat Awam
Bagi penjawat awam, pengurusan kewangan yang baik dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan mereka. Berikut beberapa tips:
- Gunakan sistem bajet 50/30/20 – 50% untuk keperluan asas, 30% untuk kehendak, dan 20% untuk simpanan & pelaburan.
- Elakkan hutang yang tidak perlu – Hadkan penggunaan kad kredit dan pinjaman peribadi.
- Pastikan ada dana kecemasan – Simpan sekurang-kurangnya 3-6 bulan perbelanjaan.
- Laburkan wang secara bijak – Melabur dalam ASB, Tabung Haji, atau hartanah.
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK 2025)
- YAB Perdana Menteri melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2025 telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 sebanyak RM500 kepada Pegawai Awam Gred 15 dan ke bawah, dan pegawai/ kakitangan lantikan kontrak;
- Di samping itu, BKK ini dipanjangkan kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250;
- BKK Tahun 2025 ini akan dibayar pada 25 Februari 2025, dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut;
- Pemberian BKK ini akan dikecualikan cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Semak Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025.
Maklumat Lanjut
Jika anda memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai jadual bayaran gaji penjawat awam 2025, anda boleh merujuk kepada:
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
- Portal Rasmi JANM: www.anm.gov.my
- No. Telefon: 03-8882 1624 / 1612 / 1622 / 1611
- Emel: [email protected]